Sabtu, 19 Januari 2013

Pulau Kodiak Dilitupi Debu Gunung Berapi Novarupta.

 

Pulau Kodiak Dilitupi Debu Gunung Berapi Novarupta

Sebuah pulau di Alaska, Amerika Syarikat (AS) dilanda jerebu yang dipercayai kesan daripada debu letusan sebuah gunung berapi sekitar 100 tahun lalu. Keadaan berjerebu itu melanda Pulau Kodiak dekat sini sejak minggu lalu.

Pulau Kodiak Dilitupi Debu Gunung Berapi Novarupta 100 tahun.

Perkhidmatan Kaji Cuaca Kebangsaan menyatakan, angin kencang serta kekurangan salji pada Selasa lepas menyebabkan debu Gunung Berapi Novarupta di Alaska yang meletus pada 1912 merebak dengan lebih meluas. Letusan tersebut adalah yang terkuat pada abad ke-20.
Rantau Alaska di utara AS merupakan kawasan beriklim sejuk dan bersalji. Kepulan jerebu itu kini mencecah ketinggian 1,219 meter dan meliputi keseluruhan Pulau Kodiak dengan menyebabkan amaran penerbangan dikeluarkan.
Pada Jun 1912, Gunung Berapi Novarupta meletus dan menghamburkan debu setinggi 30,480 meter ke udara yang melitupi seluruh daerah Katmai di Alaska.

Tidak ada komentar:

Posting Komentar